PROFILE



PRODUCE, SUPPLY & DISTRIBUTE
FROZEN FOOD, CAKES, BISCUITS 
& PASTRIES



PENGENALAN PERNIAGAAN


Berasaskan minat dalam perniagaan makanan dengan dorongan permintaan kawan-kawan pelanggan, Ole Ole Ummy ditubuhkan pada tahun 2009.   Aktiviti utama perniagaan ialah mengeluar, membekal dan mengedar makanan sejuk beku, biskut moden dan tradisional, kek dan pastri.
Usaha bermula  dari dapur rumah yang dibesarkan dan permodalan alatan sebanyak RM5000 dan dokongan pembantu harian.
 Dengan peningkatan permintaan sebagai sub-pembekal, Ole Ole Ummy di awal tahun 2010 menyewa sebuah rumah  kedai dalam kawasan perniagaan dan dagangan Forest Height Seremban untuk usaha operasinya mematuhi perundangan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah.  
Penglibatan Ole Ole Ummy sebagai pengusaha kecil sederhana dalam bidang industri permakanan juga berdasarkan peluang dan potensi berkembang di masa hadapan terutamanya dalam sektor penyediaan makanan halal yang mendapat galakkan dan dorongan dari pihak kerajaan.
Visi Ole-Ole Ummy ialah untuk bersama bersaing di pasaran tempatan dan berkembang ke  pasaran luar negara dalam industri makanan halal.  Ole-Ole Ummy ingin menjadi pengeluar makanan bumiputera yang ‘versatil’  sejajar dengan seruan kerajaan agar usahawan SMI bumiputera mempelbagaikan produk mereka.
Ole-Ole Ummy berhasrat dengan perniagaanya dapat menyalur peranan memperkenalkan makanan 1 Malaysia ke dunia luar dan pada masa yang sama memperkenalkan penduduk Malaysia kepada makanan  yang halal tanpa was-was.